Sunday, March 31, 2013

DON'T EVER SKIP YOUR HAPPY 'CIRCLE' ^__^

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Hari ini dalam sejarah. Hampir lebih 1 semester aku langsung tidak kemaskini blog. dan hari ini Allah buka pintu hati untuk berkongsi dan cuba untuk terus berkongsi insya'Allah. tiap-tiap aturan dan rasa hati yg Allah beri, pasti ada sesuatu disebaliknya.

Pejam mata lama-lama. Cuba mencari dan meneka apakah hikmah rasa hati yg Allah bagi ni. dan akhirnya aku jumpa. YA, aku harus terus menulis blog. adalah menjadi kemestian untuk berfikir dan merenung setiap apa yg dilakukan dalam sehari-hari sebelum aku boleh mencatat sesuatu dalam blog. erti kata mudah, aku sebenarnya sedang muhasabah apa yg berlaku dalam beberapa hari ni. dan hari ni, dengan muhasabah aku tu lah aku dapat catatkan sesuatu dalam blog ni.

******************************************************************************

ok.sekarang ni baru aku nak share pasal DONT EVER SKIP YOUR HAPPY 'CIRCLE' ^__^

sebab aku dah dapat pengajaran dari perbuatan aku minggu lepas. skip circle sebab esok ada test. konon2 bila skip circle tu, dapat la masa panjang sikit untuk baca notes dengan lebih tekun + boleh hafal betul2 supaya ingat time jawab test nanti. tapi Allah nak izin la waktu tu, rasa ngantuk yg amat sangat.baca notes pun dah tak boleh nak fokus. nak hafal2 memang lagi lemah la kan waktu tu. ditambah pulak dengan hujan lebat..sejuk..memang timing yg tepat la untuk tidur. dan aku pun...Zzzz...cuma kejap2 terbangun sebab bunyi guruh kuat sangat. time bangun kejap2 tu la yg aku bangun sambung baca notes. pastu tertido balik. see...betapa tidak produktifnya waktu panjang yg aku kejar sangat tu?? dan bila jawab paper esok pagi tu, sungguh aku tidak confident. semua objektif. kalau salah bulat, memang konfem takde markah kesian. dan mudah cakap, yes..i was not doing well for that paper. and it was so bad. tapi memang eloklah pun Allah bagi pengajaran. supaya lepas ni aku tak skip circle lagi. hehe

dan keesokkan harinya aku bertekad untuk datang circle malam tu walaupun esok aku ada paper lagi. paper Toxic. paper ni la paling semput sebenarnya sebab banyak kena tahu macam2 Act & Regulation. tapi takpe. jiwa kena kental. Allah dah janji. siapa berusaha, dia pasti dapat. dan aku yakin itu. Petang dekat2 maghrib tu, aku dah kena pegi tempat circle. rasa berat sikit sebab tak baca pape lagi. tapi cuba pujuk diri + pujuk kawan2 circle. dalam circle tu, Alhamdulillah yg aaaaaaaaaaaamat sangat. masing2 sentuh bab tawakkal (tawakkal itu sebenarnya bagaimana?. boleh refer--> http://langitilahi.com/11373)
lagi2 bila Airin share surah muhammad ayat 7.

"Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu"

time tu rasa panas je mata. letak tangan kat dada. "Fatimah, chill ok. Allah dah janji tu...awak kena yakin sungguh2"..yeahhhh!!! aku takkan mengalah. malam tu kami merayu2 kat makcik yg sharing dalam circle kami tu mintak mereka doakan sungguh2 untuk kami. tu lah kan...berkat doa orang2 soleh..dan jugak berkat masa yang Allah bagi tu, dalam masa yg agak singkat tu, aku dapat habiskan semua notes yg berbelas2 jumlahnya + siapkan draft case study medical waste management yg aku terpaksa buat balik.(time dah bersusah payah buat separuh tu, laptop hang & aku terpaksa restart. masalahnya aku tak save lagi document tu.uwaaaaa!!!temperature naik dengan mendadak. tapi sekali lagi aku letak tangan kat dada. pujuk diri. ada sesuatu yg Allah nak bagi ni..dan tuptup bila aku buat balik tu, idea datang mencurah2..nampak tak apa yg Allah nak bagi aku sebenarnya??) + aku sempat prepare untuk slot Sirah dalam circle tu. Allah tu saaaaangatlah baik. aku rasa malam tu harmoni je. mata ni pun segar je. sampai terus tak rasa nak tido plak. =.="
parah. pukul 4 lebih tu terpaksa tidurkan diri sendiri. Allah bangunkan aku subuh tepat pada masa. baca ma'thurat. pegi kelas. tengahari sikit baru test. Alhamdulillah. hari yg sangat tenang dan indah. dapat jawab test dengan lancar. kepala pun tak pening. 

Kesimpulannya, jangan skip circle kalau nak dapat jawab exam dengan baik. tu je petua yg aku nak share sebenarnya. hehe 


Sunday, March 11, 2012

ABAH!! MAK!! n yg lain lain...hehe

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..blog kembali ceria.dan semakin yakin untuk berhadapan dengan semua orang :D
takde nak cakap ape pun..cuma...macam dah tak ketahuan dah..sebab rindu sangatsangat kat abah dengan mak..rindu nak masakmasak kat rumah..3 minggu tak balik, dah rasa macam 3 tahun.apekahhhh.....uhu


semua orang kena doakan..supaya sem ni sy rajin telaah buku macam sem 1 dulu.tak banyak berangan.tido.makan.fesbuk.sem ni macam tak seronok sket.kelas sampai 5 jam.tapi slide berapa ketul je.ohh...apalah nak goreng time exam nanti *sigh*


keputusan sem lepas sangatlah ngeri.yg penting sangat kecik hati dengan kimia organik.ahh..abaikan.yg penting sem ni kena improve.go go go!


oklah.tak baik merungut panjang2,kang nanti Allah marah.yg penting saling mendoakan.
ganbatte! ^^

Monday, October 31, 2011

Gagal bukan bermakna Allah tak sayang.

Alhamdulillah..
Allah masih sudi beri sy rasa untuk menulis..menulis dari hati dan dipandu dengan kewarasan akal adalah sebaik-baik penulisan..insya'Allah..


Saat ini sy kira sy gagal..sy gagal beri yg terbaik buat orang-orang yg sy sayang..dan yg lebih penting sy gagal buat yg terbaik untuk diri sy sendiri..kadang-kadang, kegagalan boleh buat kita gila..buat kita mati dari terus tingkatkan usaha..putus asa untuk terus maju kehadapan...juga kadang-kadang, apabila kegagalan dipandu dengan azam & semangat untuk berubah, kita pasti jadi lebih baik..jika dan hanya jika kita sertakan usaha yg kuat bersama azam & semangat yg tinggi tadi..




“Kegagalan adalah satu-satunya kesempatan untk memulai lagi dengan lebih cerdik.”

–Henry Ford

“Keberhasilan adalah kemampuan untuk melewati dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat.”
–Winston Chuchill


Allah...sy yakin Kamu tahu apa yg sy mahukan..sy yakin Kamu akan bagi apa yg sy hajatkan..selagi mana hal itu baik buat sy..
Allah..pimpinlah sy untuk capai apa yg sy hajatkan..jangan pernah izinkan untuk sy terleka walau dalam satu kelipan mata..


Saat ini sy yakin sy pasti berjaya..hanya apabila sy berani bangkit dari kegagalan yg sudah..teringat sy pada pesanan sir irwan...You will be a successful person when you mix with the right people, sitting in the right environment, and do the right thing..and I will start practicing that..insya’Allah.


Ya! Sy MESTI bangkit..dan susun strategi..that’s my promise to myself. Go Fatimah! ALLAH beri kamu kegagalan bukan bermakna Allah tak sayang kamu, tapi Allah nak kamu jadi orang hebat.Tapi kamu kena cerdik la..cerdik untuk rancang kehidupan kamu..tak cerdik tak jadi juga.. =.=”

Perkara pertama yg perlu sy buat sebelum meneruskan strategi..
SCAN-->REPENT-->REPAIR..
ada kemungkinan Allah beri sy kegagalan kerana dosa sy yang melambak-lambak...mungkin juga kerana hubungan sy yang semakin jauh dengan Dia..maka dengan itu sy akan kembali rapat & terus rapat..Allah..tariklah sy kembali..[sy betul-betul dah terhantuk].. T__T



Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39


“Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya”.



sekian.wslm wbt



Saturday, September 17, 2011

saya WAJIB cemerlang!

Alhamdulillah...sikit je lagi nak selesai..banyakkan lagi berdoa ye fatimah...manusia yg hatinya terikat dengan akhirat, akan merasa setiap ujian yg dilaluinya mudah dan ringkas..kerana dia yakin..Allah sentiasa bersamanya..yes.Allah is always be with you fatimah..chill.. =.="


"biar habis lambat..yg penting kita cemerlang setiap semester"


kata-kata ni dah macam berhantu...selalu sangat terngiang-ngiang..thanks Nabil!


"timah, abah cakap dengan mak...abah nak timah belajar pandai-pandai"


rasa nak menitis air mata bila mak cakap macam ni malam tadi...insya'Allah..i will do my best for both of u.promise! nampak gaya timah jarang balik rumah la kot..


1st week je dah macam-macam jadi..rasa macam nak patah kaki..tapi sekarang sy dah nampak hikmahnya..sungguhla Allah tu tahu apa yg terbaik buat sy...[senyum sorangsorang] ^__^


semester baru akan disertai juga dengan azam yg baru...moga Allah bantu...


La Ta'jil wa La Tua'jjil.. :)


p/s : macam seronok pulak kelas banyak dengan junior...*__*



Thursday, August 25, 2011

Somalia memanggil!


Mari hulurkan bantuan kepada warga Somalia..moga-moga dengan ringgit yang kita sumbangkan dapat meringankan beban mereka..mengurangkan rasa lapar mereka..juga yakinlah Allah akan membantu melancarkan urusan kita di 'sana' nanti..insya'Allah..

SALURKAN DERMA ANDA KEPADA:

Tabung Bantuan Kecemasan & Bencana:
BANK ISLAM 14-023-01-002571-8 (HALUAN)

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

Dr. Hj. Baharuddin Suri
Emel: drbbsjb@gmail.com

www.haluan.org.my

emel:somalia@haluan.org.my
Hotline:+60197559169